Wednesday, 2 August 2017

Kesan Penggunaan Media Massa Dulu Dan Kini, Pro Dan Kontra

PENGENALAN MEDIA MASSA

Media massa merujuk kepada pelbagai teknologi media yang bertujuan untuk mencapai sejumlah besar pengguna media melalui komunikasi massa. Teknologi melalui komunikasi dilakukan dengan cara yang pelbagai. Media siaran seperti radio, rakaman muzik, filem, televisyen dan internet memancarkan maklumat mereka secara elektronik. Media cetak pula  menggunakan objek fizikal seperti akhbar, buku, risalah, atau komik untuk menyebarkan maklumat mereka. Media luaran merupakan satu bentuk media massa yang terdiri dari papan iklan, tanda atau kenyataan yang diletakkan di luar dan di dalam bangunan perdagangan, stadium sukan, kedai dan bas. Media luaran lain termasuk papan tanda terbang, kapal udara, dan penulisan di langitUcapan umum dan perhimpunan diatur juga boleh dianggap sebagai media massa. Media digital merangkumi kedua-dua komunikasi massa Internet dan web mudah alih. Pembekal media internet memberikan banyak perkhidmatan media massa, seperti email, tapak web, blog dan radio dan televisyen berasaskan internet. Banyak saluran media massa lain memiliki kehadiran di web, seperti memiliki iklan TV yang memiliki pautan pada tapak web, atau menyebarkan kod QR  pada cetakan atau media luaran bagi memandu pengguna mobil ke laman web. Melalui cara ini, mereka boleh menggunakan capaian mudah yang dimiliki Internet, dan penyebaran yang dibolehkan melalui Internet, kerana maklumat boleh disiarkan dengan mudah pada banyak wilayah di dunia secara serentak dan efisen kos.
Organisasi yang mengawal teknologi ini, seperti stesyen telivisyen atau syarikat pencetak, turut dikenali sebagai media massa

Media massa dapat mencapai khalayak yang besar seperti penduduk sesebuah negara. Istilah ini diperkenalkan pada tahun 1920-an dengan kemajuan rangkaian radio yang luas, dan surat khabar dan majalah yang diedarkan secara besar-besaran. Tetapi, beberapa bentuk media massa seperti buku dan manuskrip sudah digunakan sejak berkurun lamanya. Istilah media awam mempunyai makna yang sama: ia jumlah keseluruhan pengedar awam besar bagi berita dan hiburan di seluruh media meperti surat khabar, televisyen, radio, penyiaran, yang mungkin memerlukan keanggotaan persatuan dalam pasaran yang besar seperti Newspaper Guild, AFRTRA dan penerbit teks

KEBAIKAN DAN KELEBIHAN PENGGUNAAN MEDIA MASSA

Media massa sememangnya banyak mempengaruhi kehidupan kita setiap hari.  Secara umumnya, media massa boleh terbahagi kepada dua iaitu media elektronik yang terdiri daripada televisyen, radio dan internet serta media cetak yang terdiri daripada akhbar, majalah dan bahan-bahan bercetak yang lain. Sebenarnya terdapat beberapa kebaikan media massa kepada masyarakat dan negara.

Menyampaikan Maklumat
Kebaikan pertama media massa ialah dapat menyampaikan sesuatu maklumat dengan cepat kepada kumpulan sasaran. Banyak perkara dan peristiwa perlu diketahui oleh masyarakat. Dalam keadaan dunia yang seringkali dilanda bencana, peranan media elektronik amat penting. Ramalan keadaan cuaca yang disiarkan di televisyen telah dapat memberikan panduan kepada masyarakat untuk merancang aktiviti harian mereka. Di Malaysia, media massa telah dapat memberikan maklumat dengan cepat seperti dalam kes kejadian tanah runtuh, banjir dan Tsunami. Selain itu maklumat daripada perkhidmatan stesen radio tentang kesesakan jalan raya juga telah dapat membantu pengguna jalan raya dalam merancang perjalanan mereka.


Membentuk Pemikiran Rakyat
Media massa juga dapat membentuk pemikiran rakyat dalam sesuatu perkara. Sesungguhnya, peranan media massa dalam mempengaruhi minda masyarakat memang tidak dapat disangkal lagi. Sebagai contoh, pihak kerajaan dan pembangkang banyak menggunakan media massa semasa pilihan raya untuk memastikan orang ramai terus menyokong mereka. Malah, kerajaan juga turut menggunakan media massa ketika melancarkan sesuatu program seperti sambutan Bulan Kemerdekaan. Media massa juga turut digunakan oleh pihak tertentu dalam menangani isu-isu yang berkaitan dengan alam sekitar dan isu-isu kemanusiaan.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgMZ_x7UTSi7y9iu4yPoJHgqmjoSLWBmKKt-b4rVH49wRickRFsg142pciFSRN8IovE6g0hgiioZbNnLFUHP4Ha62aBCTYxF9kkzBs5eX3_7XP1bLHTJMkR5iMX_qTSH0ZwOh9pihPwLuo/s1600/media+massa.jpg


Medium Pengiklanan
Media massa juga turut digunakan oleh syarikat-syarikat perniagaan untuk memasarkan barangan mereka. Siaran iklan yang disiarkan di media massa telah dapat merangsang pengguna untuk membeli sesuatu barangan. Walaupun pihak syarikat dikenakan bayaran tertentu di atas iklan yang disiarkan ketapi lazimnya mereka mendapat keuntungan yang lebih banyak daripada iklan tersebut. Perniagaan yang berkembang akan menguntungkan syarikat dan pihak syarikat pula dapat menaikkan gaji pekerja. Media elektronik seperti televisyen dan internet juga turut digunakan untuk memasarkan sesuatu barangan dan perkhidmatan.


Membuka Peluang Pekerjaan
Selain itu, kewujudan media massa juga telah dapat membuka banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat. Malah kerjaya dalam bidang penerbitan media massa penuh dengan cabaran dan risiko. Namun demikian pulangan pendapatan melalui media massa juga amat tinggi. Oleh itu, tidak hairanlah syarikat media massa mampu membayar gaji yang lumayan kepada para pekerjanya melalui bayaran perkhidmatan iklan dan bahan yang diterbitkan. Secara tidak langsung, media massa juga telah dapat merangsang perkembangan bidang penyiaran di Malaysia.


Mengisi Masa Lapang
Di samping itu, media massa seperti televisyen juga dapat mengisi masa lapang seseorang dengan menonton pelbagai rancangan yang disiarkan. Seseorang yang mempunyai masa lapang juga boleh mendengar lagu-lagu hiburan di radio. Media massa seperti televisyen juga telah dapat rnerapatkan hubungan kekeluargaan apabila ahli keluarga berkumpul bersama-sama menonton sesuatu rancangan. Secara tidak langsung, media massa telah dapat menghindarkan mereka daripada aktiviti negatif seperti melepak dan vandalisme. Dengan menonton televisyen atau mendengar radio seseorang itu juga boleh mempelajari dan menguasai sesuatu bahasa.


Media massa sememangnya banyak memberi faedah kepada masyarakat. Di Malaysia media massa telah banyak memainkan peranan dalam menyampaikan maklumat berguna kepada setiap lapisan masyarakat.  Namun demikian pihak berkuasa mesti terus memantau perkembangan media massa agar tidak mendatangkan kesan yang negatif kepada masyarakat dan negara. Media massa yang cuba merosakkan keharmonian hidup rakyat Malaysia mesti diambil tindakan yang tegas.



KEBURUKAN PENGGUNAAN MEDIA MASSA

 Isu-isu yang berkaitan dengan media massa kerap menjadi bahan perbincangan di Parlimen dan masyarakat. Hal ini demikian kerana peranan media massa dalam mempengaruhi kehidupan seharian memang besar dan tidak dapat disangkal. Media massa sewajarnya berperanan membantu usaha dalam membangunkan dan memajukan negara.

Penyebaran berita palsu di internet
 Di samping kesan baik, media massa juga mampu membawa kesan negatif kepada masyarakat dan negara.
Antara kesan negatif atau keburukan media massa ialah penyebaran berita palsu dalam internet. Penyebaran berita palsu ini amat berbahaya terutama jika melibatkan isu keselamatan negara. Dalam konteks masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, penyebaran berita palsu mesti dibanteras dengan segera. Penyebaran berita palsu akan menyebabkan berlakunya suasana panik dalam masyarakat.  Oleh itu, pihak yang menyebarkan berita palsu sewajarnya ditangkap dan didakwa di mahkamah.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhn2bJijevag-yU7NLVvpEBp7DstgpnoO1UKvRjr4RHYRUJeE7fnJAZdW5UUg7YtoMfAqFkbxuTgf7LIL3w4VPtqmBv5__eiguxnr5Z7UXk7PZkHohJmvgniIB9At1-C28ovExctbK3Bu8/s320/keburukan+media+massa.jpg

    Lalai dan membuang masa
Selain itu, terdapat media massa yang boleh mendorong golongan muda menjadi lalai dan membuang masa. Terdapat beberapa buah rancangan televisyen yang bercorak hiburan semata-mata dan menjadi kegilaan golongan remaja. Program-program seperti ini tidak berfaedah kerana tidak dapat merangsang perkembangan minda dan kemahiran golongan remaja. Terdapat juga program drama yang tidak realistik tetapi tetap diminati oleh golongan remaja kerana ia mengisahkan cerita cinta golongan remaja. Oleh itu, pihak pengurusan televisyen sewajarnya tidak memikirkan keuntungan semata-mata dalam menyiarkan sesuatu program di televisyen tanpa memikirkan kesan negatifnya terhadap golongan remaja.

 Mengundang gajala negatif
Di samping itu, media massa juga boleh mendatangkan gejala negatif kepada penonton. Biasanya golongan yang mudah terpengaruh dengan gejala negatif hasil daripada program di media massa ialah golongan remaja. Media massa yang sering mempengaruhi golongan remaja ialah televisyen dan internet. Terdapat remaja yang melayari internet di halaman yang bercorak negatif sehingga mereka terdorong melakukan gejala negatif tersebut. Oleh itu, ibu bapa sewajarnya memantau pelakuan anak-anak yang sedang melayari internet.


Mempengaruhi minda kanak-kanak
Media massa seperti televisyen banyak mempengaruhi minda kanak-kanak. Cerita-cerita tentang pergaduhan amat diminati oleh kanak-kanak. Terdapat sebilangan kanak-kanak yang meniru aksi ganas dan berbahaya yang terdapat di televisyen. Justeru, tidak hairanlah berlakunya beberapa kejadian kanak-kanak meniru aksi 'bat man' dan akhirnya kanak-kanak itu ditimpa kemalangan kerana cuba terbang di udara. Walaupun bilangan kanak-kanak yang meniru aksi watak-watak hero televisyen sedikit, tetapi perbuatan ini boleh menyusahkan ibu bapa dan pihak lain.

Pengiklanan yang mendatangkan keburukan
Media massa juga boleh mendatangkan keburukan kepada pengguna melalui pengiklanan. Terdapat pengguna yang terpengaruh dengan iklan yang dipaparkan kerana mereka berpendapat iklan tersebut amat menarik dan produk tersebut dapat menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Sebenarnya dalam kebanyakan kes, khasiat barangan yang diiklankan itu tidak menepati faedah yang dipaparkan. Antara jenis barangan yang selalu memperdaya pengguna ialah barangan kesihatan seperti ubat-ubatan, peralatan senaman dan barangan elektrik. Oleh itu, pengguna mesti berhati-hati dalam membeli sesuatu produk yang dilklankan di media massa.



PERBANDINGAN MEDIA CETAK DAN MEDIA MASSA

Image result for penggunaan media massa dalam kalangan pelajar
Peratusan tersebut menggambarkan bahawa penguasaan dalam alam maya lebih digemari oleh masyarakat sekarang terutama dalam kalangan pelajar. Hal ini kerana penggunaan media elektronik lebih menyenangkan dan jimat dagi segi masa berbanding media cetak. Selain itu juga masyarakat juga ingin bergerak selari dengan peredaran dan perkembangan semasa yang mana media elektronik digunakan secara meluas di seluruh negara. Masyerakat juga boleh mendapat liputan dengan cepat dan pantas walau dimana jua mereka berada berbanding dengan media cetak.

PERANAN MEDIA DALAM PEMBENENTUKKAN WATAK REMAJA
Remaja mengenal dunia melalui persekitarannya. Apa yang diacu kepada remaja melalui aspek pendidikan, hiburan, sosial, ekonomi dan politik membentuk remaja yang sebegitu.
Bidang komunikasi dan maklumat berkembang daripada hanya penggunaan budaya lisan, iaitu pengucapan dan penyebaran maklumat daripada mulut ke mulut yang kemudian ditambah menjadi senjata yang tajam iaitu melalui tulisan di media cetak.

Terkini, penggunaan audio visual dan komputer seperti televisyen, radio dan Internet menjadi saluran menyampaikan sesuatu isu dan pandangan.
Daripada satu aspek, media sememangnya merupakan agen perubahan masyarakat yang penting melebihi suara-suara lain. Cohen seorang tokoh komunikasi terkemuka menyatakan, "dalam kebanyakan keadaan, media tidak berupaya mempengaruhi orang ramai menentukan bagaimana untuk berfikir tetapi yang mengajaibkan ialah media berjaya mempengaruhi pembacanya untuk menentukan apa yang perlu difikirkan".

Justeru, media mempunyai potensi yang sangat besar dalam menyalurkan nilai-nilai yang positif dan murni kepada remaja. Ini kerana remaja kini menjadikan media massa sebagai wadah untuk mencari maklumat, memahami apa yang tidak didapati di sekolah ataupun rumah dan mencernakan maklumat tersebut menjadi fahaman dan pegangan diri mereka.
Tokoh-tokoh terdahulu menjadikan media sebagai wacana untuk menyebarkan kefahaman mengenai kenegaraan, kekeluargaan, kebudayaan, keagamaan serta banyak lagi. Ini secara tidak langsung bertujuan memupuk nilai-nilai positif dan baik dalam diri pembaca atau pendengarnya.
Misi Nasional menekankan aspek pembangunan modal insan 'minda kelas pertama' dan bina upaya untuk melonjak sebagai status negara maju. Melalui Pelan Integriti Nasional pula, negara menginginkan modal insan yang menekankan penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual termasuk ilmu sains dan teknologi, keusahawanan, pembudayaan sikap progresif, pengamalan nilai etika dan juga menitik beratkan aspek moral yang tinggi.
Oleh itu, media mampu menjadi medium yang luas untuk mendidik masyarakat terutamanya remaja dalam acuan yang didambakan.

Namun, arus globalisasi sememangnya tidak boleh dielak. Ia telah melewati sempadan komunikasi, autonomi ekonomi, politik dan sosial dan telah mewujudkan suatu budaya baru dalam berpandangan dan bersuara. Salah satu arus globalisasi yang popular di kalangan remaja dan masyarakat setempat ialah budaya hiburan yang terhidang dalam bentuk yang pelbagai.
Melalui gajet-gajet yang dihasilkan oleh teknologi, remaja boleh menikmati hiburan dalam apa jua bentuk melalui apa jua jenis media, sebesar skrin wayang gambar sehingga sekecil telefon bimbit.

Selain itu, apa jua bentuk hiburan seperti nyanyian, konsert, filem, drama dan sebagainya boleh dinikmati melalui televisyen yang semakin berkembang isi kandungannya. Melalui komputer atau komputer riba pula, pelbagai jenis bentuk hiburan boleh di muat turun dan dinikmati tanpa mengira masa.
Telefon bimbit yang dahulunya berfungsi sebagai alat perhubungan dan pengerat silaturrahim, kini telah berbagai fungsi, bukan sahaja untuk berbual tetapi juga menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dan gambar (MMS) dan akhirnya menjadi fungsi yang merosakkan apabila digunakan dengan cara yang salah atau tidak terkawal.
Fenomena kebanjiran drama, sinetron dan filem-filem asing yang banyak berunsurkan keganasan, penderaan, dendam, cinta serta sensasi menggusarkan banyak pihak. Watak remaja yang dipaparkan seringkali tidak seimbang dari aspek fizikal dan mental.

Remaja dipaparkan sebagai manusia yang bertenaga (energetik) dan berdaya saing tetapi aspek mental atau rohani pula, remaja yang dipaparkan melalui filem adalah remaja yang lemah dan mudah terpengaruh dengan budaya negatif. Malahan sering dipaparkan perwatakan remaja yang tersalah haluan, tidak bijak memilih atau membuat keputusan dan bertindak melulu seolah-olah tidak memikirkan langsung masa hadapan.
Unsur-unsur negatif yang ditonjolkan barangkali berniat untuk menyedarkan tentang bahaya sesuatu kejahatan dilakukan, tetapi persoalannya adakah remaja mempunyai daya tapis dan mentakrif yang tinggi untuk menghargai mesej di sebalik drama-drama yang ditonjolkan?

Apakah remaja akan lebih terkesan dengan drama yang sebahagian besarnya menonjolkan watak-watak jahat dan kebaikan atau balasan terhadap perbuatan yang jahat itu hanya muncul sedikit di penghujung sesuatu kisah?
Begitu juga halnya dengan bidang penulisan, lebih-lebih lagi yang berbentuk hiburan dan sensasi. Sekiranya remaja banyak dimomokkan dengan cerita sensasi dan hiburan, dikhuatiri ia akan menjejaskan daya pemikiran dan kreatif remaja sebagai pelapis akan datang. Justeru, kebebasan untuk media dalam era teknologi informasi ini memang sangat penting, tetapi kebebasan tentunya harus dilandasi kesedaran penuh untuk bertanggung jawab.
Jika memang benar itu adalah paparan remaja Malaysia masa kini, media seharusnya bertindak sebagai penapis atau wadah yang bertanggungjawab membetulkan apa yang silap dan bertindak sebagai cermin diri yang boleh memberi contoh dan pengajaran kepada masyarakat remaja.
Apa-apa sahaja medium yang bergerak dalam masyarakat mempunya tanggungjawab sosial yang besar dalam membawa masyarakatnya ke arah yang lebih bertamadun dan bukannya menjatuhkan martabat atau merosakkan masyarakat.

Dalam konteks semasa, pengaruh media akan dipengaruhi dari sejauh mana pengguna media memiliki pengetahuan yang cukup dan menghargai dengan baik media itu sendiri. Justeru di samping adanya tuntutan komersialisasi dan upaya mengejar rating yang dilakukan oleh pengamal media, tentunya hal yang penting harus dilakukan juga adalah "bagaimana memperdayakan para penikmat media itu sendiri".
Penggunaan bahasa dan tingkah laku yang sesuai dalam menyampaikan sesuatu pendapat atau rencana harus sentiasa diperhatikan. Justeru, pihak media seharusnya sentiasa menjadikan nilai-nilai murni sebagai pemberat kepada wacana yang mereka ingin sampaikan dan bukan bersifat popular semata-mata.
Penelitian tersebut sangat penting untuk dilaksanakan memandangkan situasi hari ini memberi kesan kepada remaja yang akan datang terutama untuk remaja yang kita dambakan pada tahun 2020 kelak.
Mesej yang ingin ditonjolkan oleh media harus mengambil kira aspek isi kandungan, tema, penggunaan bahasa yang konsisten, adab dan nilai, budaya dan sebagainya kerana media merupakan ejen penggerak kepada pengukuhan perwatakan, emosi dan budaya remaja yang baik demi membina negara pada masa hadapan.



KESIMPULAN

Remaja adalah struktur masyarakat yang baru membentuk sebuah tiang seri. Tiang seri itu harus kukuh dengan nilai jati diri yang baik dan sekiranya tiang seri itu rapuh, maka bangunan yang ingin dihasilkan akan runtuh menyembah bumi.
Oleh itu, dalam dunia yang semakin mengecil ini, kita perlu berhati-hati kerana globalisasi memang sukar kita tahan, apatah lagi dengan pendedahan kepada siaran yang tidak membina pemikiran positif dan nilai-nilai murni.
Ini bererti peranan pendidikan informal di rumah yang dimonopoli oleh ibu bapa terpaksa berdaya saing dengan media. Remaja harus menerima maklumat daripada media dan mencernanya mengikut lingkungan yang benar dan mengikut landasan agama dan syariat.
Langkah ini seharusnya memerlukan bimbingan banyak pihak termasuk ibu bapa serta masyarakat. Justeru, media massa sama ada media cetak atau elektronik sememangnya memainkan peranan dalam membentuk pemikiran remaja masa kini.

RUJUKAN


No comments:

Post a Comment

Kesan Penggunaan Media Massa Dulu Dan Kini, Pro Dan Kontra

PENGENALAN MEDIA MASSA Media massa  merujuk kepada pelbagai teknologi media yang bertujuan untuk mencapai sejumlah besar pengguna medi...